Categories: FeaturedSihat

Tak selesa kembung perut? Legakannya dengan tujuh makanan lazat ini!

Pernahkah mengalami rasa tidak selesa, senak, kesakitan pada bahagian perut, kembung dan pedih ulu hati walaupun baru sahaja menjamah makanan.

Sebenarnya keadaan ini berlaku bagi memberitahu anda, ada sesuatu terjadi di dalam usus atau perut anda.

Rasa senak dan dispepsia yang menyebabkan sakit serta tidak selesa berulang atau berpanjangan biasanya tertumpu pada bahagian atas perut.

Walaupun tidak mengancam nyawa seperti ulser, ia boleh mendatangkan masalah lebih serius jika tidak diberikan rawatan peringkat awal.

Lazimnya, masyarakat Melayu mengaitkan keadaan itu dengan perut kembung atau angin dan ada beberapa jenis makanan yang menyebabkan situasi berkenaan berlaku. Antaranya pulut, terung, kangkung dan labu.

Tabiat makan dalam kuantiti banyak, tidak melakukan pergerakan, berdiri ketika makan dan tidak mengunyah makanan sehingga hancur juga boleh mengundang masalah ini.

Jika anda sedang diserang masalah ini, apakah makanan yang boleh membuatkan perut berasa lega? Nak tahu, teruskan membaca artikel ini.

1. Timun

Foto: gardenerspath

Mengandungi kandungan air yang banyak, ia baik untuk diamalkan. Lebih banyak air yang diambil tanpa fiber, lebih banyak anda membuang air kecil.

2. Tembikai

Foto: runnersworld

Sama seperti timun, ia mengandungi kandungan air yang banyak. Dan apa yang penting, ia tiada kandungan gula namun kekal dengan rasa yang manis dan lazat.

3. Pisang

Foto: tattly

Makan pisang di pagi hari dapat mengelakkan kembung kerana ia mengandungi kandungan potasium yang tinggi. Ini dapat menyingkirkan sodium dalam badan yang didapati daripada makanan bergaram.

4. Anggur

Foto: medicalnewstoday

Sudahlah rasanya sedap dan manis, ianya kaya antioksidan dapat mengurangkan gas serta perut kembung.

5. Badam

Foto: healthline

Kekacang ini jika dimakan tanpa tambahan garam adalah snek yang baik. Selain mengelakkan perut kembung, ia menjadikan anda mudah kenyang dengan kandungan protein yang tinggi.

6. Lemon

Foto: amazon

Lemon adalah diuretik semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut bila ditambah ke dalam air suam. Minum air lemon suam boleh bantu kurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan. Tapi semasa perut kembung, pastikan minum air lemon dari cawan dan bukan straw untuk elak menyedut udara berlebihan.

7. Batang Saderi

Foto: mnn.com

Keratan hijau rangup ini boleh membantu penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus. Rupanya terdapat bahan kimia dalam batang saderi yang dipercayai dapat mengrangkan takungan cecair dalam badan. Kebaikan lain, bantu proses detoks. Kandungan air yang tinggi dalam batang saderi mampu membuang toksin badan, makan saderi segar untuk efek lebih baik.

Jadi, anda sudah tahu akan apa yang perlu dilakukan sekiranya mengalami kembung perut? Jangan lupa amalkan tip ini!

Yanie Baharom