Tolong Hentikan Semua Ini! Erma Fatima Ajar Cara Buat ‘Report’ Polis? Netizen Berseloroh – “Tapi Kalau Kak Erma Ambil Artis ‘Bad Attitude Macam Ruhainies, Saya Boikot Cerita Tu”

Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip tersohor, Erma Fatima tampil memberikan tips mengenai cara membuat laporan polis apabila ada individu cuba untuk menyelak ‘kain’ individu lain.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi, Erma dilihat secara sarkastik memberikan buku kepada seorang jejaka seolah-olah itu adalah dialog cara bagaimana untuk melaporkan kesalahan individu terbabit yang sengaja menyebarkan cerita aib mengenai dirinya.

“Nah! Ambil ni dialog macam mana nak buat report polis kalau org selak-selak kain kau. Cakap dekat polis tu, say anak buat laporan supaya perempuan itu berhenti menyebarkan cerita tentang saya.

“Lepas tu kau orang boleh minta mahkamah mendapatkan satu injuksi supaya perempuan itu diberhentikan daripada melakukan statement  atau cerita  yang boleh mengaibkan reputasi kau orang,” ulasnya.

Dalam pada itu, Erma turut menggesa pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk segera mengambil tindakan bagi menjaga maruah tanah air. TOLONG HENTIKAN SEMUA INI,” tegasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan Erm.

Malah, metreka juga berharap agar teraju utama drama Mak Cun itu bertindak untuk tidak mengambil pelakon yang disenarai sebagai mempunyai rekod buruk sebelum mereka memboikot drama berkenaan.

Terdahulu, Erma meluahkan ras akurang senangnya dengan tindakan wanita asal Singapura yang sebelum ini mengaku sebagai kekasih gelap, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Katanya, maruah industri hiburan tanah air bagaikan tercalar apabila wanita itu tampil dengan pendedahan demi pendedahan membabitkan skandal selebriti tempatan sekaligus berharap agar Sarah keluar daripada negara ini dan menyelesaikan masalahnya bersam Aliff di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN:Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Masih ‘Contact’ Hingga Mac, Sarah Yasmine Dedah Sophia Albarakbah Guna Akaun Palsu ‘Layan’ Aliff Aziz?

ARTIKEL BERKAITAN:”Perempuan Terpaling Fake! Kalau Kau Pakai Mask Pun Aku Kenal Lah” – Sarah Yasmine Bakal Dedah Identiti Wanita Dalam Bas Bersama Aliff Aziz?

Salma Syahbuddin