Isu Dikaitkan Dengan Sarah Yasmine… Cara Amir Ahnaf Jawab Soalan Dibandingkan Dengan Meerqeen Dipuji – “Bagus Cara Dia Jawab, Bijak!”

Baru-baru ini, nama aktor Meerqeen menjadi sebutan ramai di media sosial selepas namanya dipetik oleh Sarah Yasmine, iaitu wanita didakwa kekasih gelap Aliff Aziz.

Dalam satu temu bual, Meerqeen berkata wanita tersebut hanyalah peminatnya, dan tidak lebih daripada itu.

Pada hari yang sama, Sarah terus mendedahkan pelbagai bukti perbualan antara dirinya dan Meerqeen, serta mengakui mereka pernah menjalinkan hubungan cinta.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform TikTok, tular pula sebuah video temu bual terbaharu Meerqeen ketika diajukan soalan mengenai pendedahan perbulannya bersama Sarah.

Bagaimanapun, Meerqeen kelihatan enggan menjawab soalan berkenaan.

@mediahiburanofficial

Susulan isu hangat yang turut mengaitkan namanya, baru-baru ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Terbaharu, aktor, Amir Ahnaf turut disoal mengenai isu Sarah Yasmine setelah wanita itu turut memetik namanya dalam Instagram Story (IGs) sebelum ini.

Amir berkata dia mengenali Sarah dan pernah lepak bersama dengannya serta Anna Jobling.

@mediahiburanofficial

“Cerita dia sebenarnya, saya time tu dekat Celeb Fest…” Pelakon Amir Ahnaf akui kenal wanita yang kini menjadi perhatian ramai, Sarah Yasmine. Amir jelaskan, Sarah ialah kenalan susulan pernah isi masa ketika sama-sama berniaga bersama rakan artis, Anna Jobling. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Menjengah ke ruangan balas video tersebut, rata-rata netizen membandingkan cara kedua-dua selebriti ini menjawab soalan yang diajukan oleh rakan media.

Bahkan, ramai yang berpendapat Amir kelihatan lebih tenang, matang, bijak dan percakapannya juga tersusun.

Setelah isu bersama Meerqeen tular, Sarah menerusi hantaran di IGs menjawab persoalan netizen mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amir Ahnaf.

Terdahulu, nama Meerqeen menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas Sarah mendedahkan perbuatannya termasuklah kantoi ‘check in’ di sebuah hotel.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Artikel Berkaitan: Tolak Dakwaan Jadi Peminat, Sarah Yasmine Dedah Tak Suka ‘Attitude’ Meerqeen – “Dia Macam Sophia Kan? Cari Tapi Saya Tak Layan”

Artikel Berkaitan: Meerqeen Kantoi ‘Check In’ Hotel? Sarah Yasmine Tunjuk Bukti… Dakwa Curang Dengan Anna Jobling

Kredit: Media Hiburan

Aqilah Paharuzi