Ruhainies Perli Sarah Yasmine? Minta Tips Rawatan Rambut Kejung, Ini Respons Empunya Badan – “Muka Saya Bersih, Saya Tak Ada ‘Bapa Gula’ & Tak Pernah Minta Duit Dari Boyfriend”

Walaupun gosip panas melibatkan pelakon sensasi, Ruhainies dan bekas kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine masih belum reda, namun kedua-dua individu ini dilihat saling berbalas sindiran menerusi sosial media.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Ruhainies kelihatan terlebih dahulu membuat hantaran bertanyakan kepada pengikutnya tentang produk rambut yang boleh mengatasi masalah rambut gugur dan rambut kejung.

“Hi anyone, can suggest hair product yang bagus untuk repair rambut ‘kejung’ or rambut gugur tak? Serius buyer,” katanya.

Seakan mengerti dirinya diperli dengan pertanyaan sarkastik yang dibuat Ruhainies, Sarah bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa masalah rambut kejung yang dialami boleh dirawat, namun bukan perbuatan ‘buruk’ yang telah dilakukan.

“Rambut kejung boleh buat treatment terus dah okay lepastu, perbuatan awak tu boleh reset, rewind ke? Tambah tak tahu malu sahaja saya nampak,” balasnya.

Dalam pada itu, Sarah seolah-olah memerli wajah Ruhainies yang kelihatan tidak licin apabila muncul dalam program Melodi baru-baru ini.

Bahkan, dia mengaku tidak mempunyai ‘bapak gula’ (Sugar daddy) seperti Ruhainies sebagai tempat untuk meminta duit.

“Tabarakallah, saya tak ada eyebag, muka saya bersih bila tak pakai make up, muka saya sihat-sihat saja.

“Alhamdulillah saya tak pernah ada bapak gula, duit semua duit hasil dari kerja keras tersendiri dan saya tak pernah meminta duit dari boyfriend,” jelasnya.

Terdahulu, penerbit popular Erma Fatima meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Sarah Yasmine yang sudah membuka aib beberapa artis tempatan.

Malah, Erma meminta agar Sarah Yasmin berambus dari negara ini dan menggesa selebriti terlibat untukmembuat laporan polis bagi mengehnatiian perbuatan wanita asal Singapura itu.

Salma Syahbuddin