Categories: Trending

Gian Nak Berlakon, Akui Memilih Naskah… Marsha Milan ‘Pulun’ Habis Untuk Muzik Video Lagu Terbaharunya ‘Dulu, Kini & Akhirnya’

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan mengakui dirinya rindu untuk kembali berlakon selepas sudah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana drama.

Menurut Marsha, dia lega apabila dapat ‘memuntahkan’ semula bakat lakonannya menerusi muzik video lagu terbaharunya berjudul, Dulu Kini Dan Akhirnya yang baharu sahaja ditayangkan kepada umum, malam tadi.

“Sebenarnya saya rindu nak berlakon. Sebab tu dalam muzik video ni kita ada selitkan sedikit drama sebab macam gian sebab dah lama tak berlakon,” katanya.

Tambah Marsha, dia kerap menerima tawaran berlakon, namun masih belum mempunyai rezeki dek kerana kekangan masa.

“Bukan saya taknak berlakon cuma jadual tidak memberikan peluang tu. Offer masih ada, orang panggil cuma belum rezeki,” jelasnya.

Ditanya adakah dia memilih naskah lakonan, Marsha mengakui, dia perlu mempertimbangka beberapa perkara sebelum menerima sebarang tawaran dek kerana dirinya kini sudah berstatus isteri orang.

Marsha turut menyatakan dia menghormati setiap syarat yang ditetapkan oleh suaminya, Mohamed Saiful Nizam agar tidakmenerim sebarang adegan tidak senonoh dan bersentuhan.

“Sebelum saya aktif menyanyi pun saya memang pilih sikit karya sebab kita dah jadi isteri ni ada limit. Dulu kita bedal je sebab nak explore.

“Tapi sekarang dengan status ni saya lebih selesa untuk memilih watak. Tapi saya takda laa mengada nak tolak taknak watak jahat ke apa cuma watak yang lebih sesuai.

“Saya cuba elakkan edegan kurang senonoh. Sebenarnya antara syarat yang suami bagi dulu adalah kalau nak berlakon balik elakkan watak bersentuhan.

“Saya hormati itu sebab suami saya dah letakkan kepercayaan kepada saya. Jadi, saya akan bincang dengan pihak produksi supaya dia tidak kecil hati.

“Bagi saya scene-scene tak senonoh tu tak perlu. Ada satu masa tu, saya tak sempat baca skrip dia dah baca skrip dulu. Tapi, dia memahami sangat dengan kerja saya. Walaupun saya nak buat muzik video lagu ni pun dia bagi semangat dan sokongan yang kuat,” ujarnya.

Berkenaan muzik videonya pula, Marsha turut memberikan ‘sesuatu’ yang istimewa kepada peminatnya apabila memilih Datuk Adi Putra sebagai watak khas dalam video klip tersebut.

Bahkan, jalan cerita dalam video muzik tersebut juga dikatakan kesinambungan kepada drama ‘Lelaki Itu’.

Justeru, orang ramai yang mahu mengetahui apakah kesinambungan japan cerita Lelaki Itu boleh berbuat demikian dengan menonton muzik video lagu Dulu, Kini Dan Akhirnya di Youtube Alternate Records & Talents.

Fatin Nurain