“Saya Dah Maafkan, Tak Nak Fikir dan Fokus Untuk Terus Bahagia” – Akui Khilaf, Ruhainies Berdoa Agar Aib Ditutup

Sejak Mac lalu, nama pelakon sensasi Ruhainies hangat menjadi perbualan di platform media sosial setelah ditangkap khalwat bersama aktor pada 9 Mac lalu.

Susulan itu, menerusi beberapa hantaran di Instagram, Ruhainies dilihat aktif menjawab persoalan pengikutnya menerusi pautan Ask Me A Question.

Menerusi pautan berkenaan, terdapat segelintir dalam kalangan peminat yang tampil memohon maaf kepada Ruhainies selepas mengkritik tindakan aktres itu berkenaan kontroversi yang melanda dirinya.

Seakan tidak berdendam, Ruhainies mengakui, dia kini sudah ‘move on’ dan ingin melupakan kontroversi yang terjadi demi memberi tumpuan kepada dirinya dan orang sekeliling termasuklah pengikutnya.

“It’s okay. Let’s move on. We have better things ahead.

“Saya dah tak fikir dan sekarang nak fokus on being happy and make people around me happy.

“Termasuk my followers. Okay?

“Let’s pray for the best for each other dan semua pihak. Please? All love for YOU who are reading this,” katanya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, ada individu yang tampil memohon maaf kerana ‘bergosip’ mengenai dirinya.

Bagaimanapun, Ruhainies berkata, dia juga seorang manusia yang tidak sempurna sekaligus tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

“We are human being. Tak boleh lari dari kesilapan. Saya juga tidak sempurna, and of course saya maafkan.

“Kadang kala kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik. Tetapi kerana kasih sayang Allah yang menutup aib kita. Saya doakan Allah memelihara dan menutup aib kita semua. Insya-Allah, amin,” katanya lagi.

Sejak minggu lalu, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh Sarah memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Terbaru, Ruhainies dalam satu kenyataan bagaimanapun berharap Bella mahu bertemu dengannya demi menyelesiakan konflik antara mereka secara baik.

Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan:Selepas Mohon Maaf, Ruhainies Kembali Guna ‘Short Form’, Tulis ‘NRF LUSM’ Di Profil IG Didakwa Sengaja Cipta Provokasi?

Artikel Berkaitan: Sanggup Buat Kenyataan ‘Fake’, Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies – “Selama Ni Aku Diam Je Tau! Tapi Bila Nampak Si Manipulator Ni Buat Interview…”

Artikel Berkaitan: Mahu ‘Move On’ & Mengaku Khilaf, Ruhainies Mohon Bella Astillah Maafkan Kesalahan-“Saya Rasa Tak Boleh Delayed, Saya Nak Berdamai”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

Artikel Berkaitan: Selepas Mohon Maaf, Ruhainies Kembali Guna ‘Short Form’, Tulis ‘NRF LUSM’ Di Profil IG Didakwa Sengaja Cipta Provokasi?

Artikel Berkaitan: “Makin Banyak Bukti Dibongkarkan Hanya Tunjuk Kelemahan Diri Awak” – Iqram Dinzly Nasihat Sarah Yasmine, Henti Sebar Aib Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

 Artikel Berkaitan: Ruhainies Perli Sarah Yasmine? Minta Tips Rawatan Rambut Kejung, Ini Respons Empunya Badan – “Muka Saya Bersih, Saya Tak Ada ‘Bapa Gula’ & Tak Pernah Minta Duit Dari Boyfriend”

Aqilah Paharuzi