Categories: HiburanTrending

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Penyanyi, Ainan Tasneem memaklumkan dia ingin mengadakan mini konsert yang turut menampilkan rakan baiknya, Tasha Manshahar pada tahun hadapan.

Dedah Ainan, dia berhasrat untuk mengadakan mini konsert susulan menerima banyak permintaan daripada peminatnya.

Akui teruja dengan penganjuran mini konsert tersebut, pelantun lagu Aku Suka Dia itu bagaimanapun hanya membuka penyertaan kepada golongan wanita sahaja.

“Kalau Ainan dengan Tasha ada perancangan nak buat macam mini konsert tahun depan, korang nak datang tak?

“Tertutup punya. Hanya untuk perempuan-perempuan sahaja. Kita akan berhibur bersama-sama. Kami akan menyanyi beberapa lagu. Ada sesi borak-borak nanti,” katanya.

Memetik laporan mStar, Ainan meluahkan hasratnya itu menerusi laman TikTok miliknya semalam.

Dalam pada itu, tidak hanya berhibur dengan menyanyikan lagu-lagu sahaja, Ainan berhajat untuk menyelitkan sesi tazkirah yang disampaikan oleh ustazah bertauliah.

“Paling penting kita akan selitkan tazkirah daripada mana-mana ustazah atau orang yang layak. Semoga Allah reda dengan majlis kita tu nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, pada tahun 2017, Ainan telah mengambil keputusan menarik diri daripada bidang seni nyanyian apabila telah menamatkan zaman bujang beliau pada awal tahun 2017.

Sumber : mStar

Syamir Shafie