Categories: SelebritiTrending

“This Is Too Much!” – Tangan Penuh Lebam, Syasya Dolla Dipukul Kekasih?

Ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal dilaporkan dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya.

Perkara tersebut dikongsi oleh peminat Dolla menerusi Instagram dengan mendedahkan sebuah foto yang memperlihatkan tangan Syasya dipenuhi lebam akibat dipukul.

Bukan itu sahaja, peminat Dolla turut meluahkan rasa berang dan kesal apabila Syasya diperlakukan sebegitu.

“Bro this is too much bro! Hang ingat hang sapa nak pukul Syasya sampai macam tu mat.

“Allah cipta hang sebagai lelaki untuk melindungi wanita bukan menyakiti wanita mat!! Wth?

“Tengok muka macam baik sangat, rupanya disebaliknya kau berani dengan perempuan je mat,” luah peminat.

Namun begitu, wajah individu lelaki yang didakwa memukul Syasya masih belum didedahkan.

Atiqah Johari