“Air Ketuban Terlebih Dan Berat Badan Berkurang” – Alami Banyak Komplikasi, Tom Dijangka Bersalin Awal

Penyanyi Tom berasa risau apabila mengalami pelbagai komplikasi untuk kehamilan kali ini sehingga dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Katanya, selain berat badan berkurang, dia juga mengalami lebihan air ketuban dan beberapa komplikasi lain.

Justeru, dia dijangkakan bersalin lebih awal iaitu pada Jumaat secara induce untuk mengelak sebarang masalah.

“Yang tanya apa komplikasi Tom sekarang ni, GDM rendah, HB low, brata badan kurang dan air ketuban terlebih sampai 25.

“Baby 3.5 kilogram to 4 kilogram (kg)… Mula-mula doktor nak czer tapi dah bincang betul-betul tadi dengan doktor esok try nak induce try dulu kot boleh normal. Kalua tak boleh doktor nak czer,” katanya.

Perkara itu dikongsi Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, menerusi hantaran di Instagram Story nya.

Bagaimanapun, Tom berjharap agar urusan dan proses bersalin anak keempatnya yang diberi nama Anggun ini berjalan dengan sempurna.

“Banyak betul komplikasi kali ni, mengandung dari awal check up  ada sahaja masalah. Semoga anakku Anggun akan dilahirkan dengan baik dan sempurna” jelasnya.

 

 

Salma Syahbuddin