Izara Aishah Dedah Nama Anak Kedua, Wajah Amara Amina Raih Pujian

Pelakon jelita, Izara Aishah akhirnya berkongsi nama puteri keduanya menerusi hantaran di Instagram, semalam.

Berdasarkan muat naik tersebut, Izara memaklumkan nama anak keduanya itu adalah Amara Amina.

Dalam masa yang sama, aktres jelita drama popular Vanila Coklat ini turut ‘belanja’ wajah mulus anaknya itu.

Meskipun hanya dari tepi memperlihatkan raut wajah mata Amara berwarna coklat dan hidung seakan mancung, namun ramai terpesona melihat kemanisannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji wajah comel Amara.

Ramai yang turut menitipkan doa kepada Amara agar anak kecil ini akan membesar dengan baik.

Sekadar info, Izara berkahwin bersama Adib Khalid pada 17 November 2017, mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Alaia, empat tahun.

Aqilah Paharuzi