AISHAH MOHON TIDAK DIGANGGU!

Beberapa minggu ini ramai pula khabar berita yang melibatkan artis masuk hospital.  Dari yang bersalin hinggalah kepada yang sakit. Musim kut?

Terkini, Wan Aishah Wan Ariffin  atau disapa Aishah sahaja,  pun dah tiga hari berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)  bagi menjalani  pembedahan pintasan gastrik.

Dan gara-gara tanda pagar #reinventingAishahjmm yang dimuatnaik pada setiap gambarnya timbul pula persoalan apakah Aishah nak kembali kurus dan cantik?

Ya lah, beberapa hari sebelum masuk wad Aishah memaparkan wajah  bersolek  dengan dagu meruncing lagi selepas memanjakan dirinya di sebuah spa. Nampak jelita dan lain sangat, sampai tak cham!

Kredit gambar: Instagram Aishah.

Jangan buruk sangka okey!

Menurut plantun lagu ‘Janji Manis Mu’ ini, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut bagi mengatasi masalah gastrik yang dihadapi begitu lama termasuk sakit kaki gara-gara berat badannya melampaui usian yang dah 52 tahun.

Keputusan itu dibuatnya setelah kembali bercuti dari Eropah disebabkan tidak tahan menanggung deita sakit ketika berjalan.

Buat masa ini, Aishah memohon diberikan privasi dan tidak mahu diganggu bagi memberinya peluang pulih dan berehat namun melalui paparan gambar terbaharunya di Instagram, Aishah menulis ‘bila dah boleh selfie tu kira dah ok lah..”

Wan AIshah mula mencipa nama ketika belajar di New Zealand bersama kumpulan . ‘The Fan Club’ di mana salah  seorang anggotanya adalah komposer terkenal, Paul Moss.

SGMS Fas