Ajai Tak Nak Masuk Campur Isu Babitkan Anak & Bekas Isteri – “Pada Saya itu Hal Peribadi Antara Mereka”

Komposer dan penyanyi, Ajai tampil menjelaskan isu panas membabitkan anak dan bekas isterinya, Nourul Deep seperti yang tular baru-baru ini.

Katanya menerusi laporan Harian Metro, perselisihan faham antara ibu dan anak itu normal dan tidak ada apa yang perlu diperbesarkan.

“Perkara itu standard antara ibu dan anak. Biasalah kalau Ayu bergaduh dengan maknya, dia akan mengadu kepada saya. 

“Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya. Biasalah tu.

“Lagipun saya kira itu adalah hal peribadi antara ibu dan anak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Nasihat anak supaya berbaik dengan ibunya

Dalam pada itu, Ajai atau nama penuhnya, Mohd Faizal Maas, 48, berkata, sebagai bapa dia sudah menasihatkan anak perempuannya,  Ayu Nazirah agar berbaik dan menghormati ibunya sekaligus menolak dakwaan bahawa ibu ‘baru’ yang dimaksudkan Nourul menerusi kenyataannya sebelum ini bukanlah merujuk kepada isterinya, Liza Illias.

“Sebagai bapa saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu.

“Dan ibu ‘baru’ yang dimaksudkan oleh Nourul sebelum ini bukan isteri saya sekarang, itu orang lain,” jelasnya.

Terdahulu kapsyen yang dimuat naik Nourul menerusi Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya selepas dia berkata dirinya telah ‘mati’ selepas membesarkan anak gadisnya.

Sekadar info, Ajai dan Nourul pernh mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kemudian bercerai pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah, 25.

Nourul kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin kali kedua bersama jejaka Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan dengan tiga anak iaitu  Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin