Isu Isteri Jadi Sombong Kalau Berduit, Reen Rahim Minta Suami ‘Double Check’ Perangai Sendiri – “Macam Mana Kau Didik Bini Kau…”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu isteri bersikap sombong dan berlagak apabila mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada suami.

Tidak berpuas hati, pelakon Reen Rahim tampil memberi pandangannya apabila ditanya oleh pengikutnya berhubung perkara itu.

Menurut Reen atau nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim mengatakan setiap perbuatan isteri adalah cerminan kepada suami.

“Logiknya isteri adalah cerminan lelaki, betul? Dia macam mana kau didik laki bini kau lah,” katanya.

Sementara itu, dia mengatakan perangai suami yang menjadi punca seseorang isteri berubah sikap dan kelakuannya.

“Tapi bila isteri dah buat perangai negatif dan sombong dengan kau, malas nak layan kau, dia rasa dia lebih besar.

“Kau cuba tanya balik diri kau, kau jaga hati dia tak? Kau bagi dia cukup tak? Kau berguna ke tidak?,” ujarnya.

Tambahnya lagi, si isteri tidak akan memandang rendah kepada suami sekiranya tanggungjawab dijalankan dengan baik.

“Kalau kau minta duit dekat isteri pun, tapi kau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, menyenangkan hati, membahagiakan, dia tak akan pijak kepala kau.

“So, para-para suami kalau seorang isteri tu buat perangai ‘tahi’, double check balik kau punya perangai,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon Datuk Rosyam Nor menerusi sebuah video podcast mendakwa isteri akan mula berlagak dan sombong jika mereka bergaji besar daripada suami.

Namun, Rosyam tidak menganggap semua wanita berkelakuan seperti itu tetapi mendakwa kebanyakannya begitu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri Bila Ada Duit Ego, Berlagak, & Mula Pandang Rendah Pada Suami” – Wanita Ada Duit Salah Satu Punca Perkahwinan Terlerai, Kenyataan Rosyam Nor Raih Pelbagai Respons Netizen

Maya Basir