Kemasukan pelawak dan pengacara Melodi, Ajak Shiro ke dalam wad malam tadi menjadikan empat orang artis  selepas Saleem, Bob Lokman dan Aishah yang dilaporkan xtra.com. ditahan di hospital dalam tempoh dua minggu.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohamad Hanaffi Razak, 32, dikejarkan ke hospital semalam selepas mengalami sakit di bahagian perut dan hulu hati sehingga tidak boleh membuang air kecil.

Menurut pengurusnya Roy Idris menerusi Harian Metro, keadaan Ajak masih tidak stabil dan memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kesakitan namun doktor mengesyaki pengacara Hot FM ini mengalami sakit batu di dalam hempedu.

Difahamkan juga tekanan kerja serta kurang rehat menyebabkan kesihatan Ajak terganggu dan kekurangan air di dalam badannya antara sebab beliau pengsan.

Sehingga kini, belum diketahui keadaannya namun melalui Instagram miliknya, kelihatan gambar belakang Ajak dalam keadaan terbaring di katil hospital yang dimuatnaik oleh isterinya, Nur Afifah Amin. Ia menerima lebih 79,000 like diringi doa semoga cepat sembuh daripada netizen.

Ajak Shiro  merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak ke-6. Gandingannya bersama dengan Shahrol Shiro membentuk nama kumpulan lawak ‘Shiro’.

Perkongsian hidupnya bersama isteri, Nur Affiah  dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 7, Mohd Had Thaqif, 4, dan Nada Soffea, 2.
 

 

SGMS Fas