“Ajal, Maut, Jodoh Dan Pertemuan Di Tangan Tuhan…” – Datin Sri Hajjah Shahida

Sebenarnya dah acap kali Dato’ Seri Aliff Syukri beri bayangan seolah-olah rumah tangganya sekarang di landa badai dan warganet pun mula membuat spekulasi  tentang hubungan Aliff dan isterinya Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang baru sahaja menunaikan haji tempoh hari umpama retak menanti belah.  

Tinjauan Xtra mendapati beberapa hari lepas jutawan kosmetik itu berkongsi satu video bersama anak sulungnya, Ammar Ahyyan di mana dalam  video tersebut Aliff meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya dan mengatakan walau apapun yang terjadi dia tetap sayangkan anak-anaknya dan bekerja keras demi masa depan mereka.  Adakah perkahwinan jutawan kosmetik ini juga di ambang penceraian seperti  perkahwinan Adira dan Dato’ Red seperti yang dilaporkan media semalam?

Baca: Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Bila membaca perkongsian Datin Shahida di laman instagram sejak pulang dari mengerjakan haji tahun ini, nampak gayanya seolah-olah Shahida juga sudah tawar hati dengan Aliff kerana selalu membuat perkara-perkara kontroversi dan Aliff juga kerap meluahkan perasaan di media sosial seolah-olah tidak lagi mendapat perhatian dan sokongan isteri yang dikahwininya sejak umurnya baru 20 tahun. 

Pernah menegur suaminya tatkala video Aliff dan Sajat tular di media sosial sedang bergelek berdangdut dengan dialunkan muzik “Cowok Baru”, sewaktu dia di Mekah bersama ibu Aliff, bonda Rozita Ibrahim di Tanah Haram, Shahida seperti sudah penat dengan kelakuan suaminya yang ibarat ‘gila glamor’ itu. 

Baca: Isteri mengerjakan haji, Aliff Syukri berdangdut?

“Hidup kita kat dunia ni tak tahu bila habisnya umur kita…entah diambil tanpa kita sedia atau tidak…jadi masa yang ada manfaatkan membuat orang keliling kita bahagia dan gembira..

“Bahagia dan gembira itu bukan kerana wang ringgit…tapi nilai kasih sayang..yang boleh bantu kita hanyalah diri kita bukan orang lain…orang hanya mampu mendengar keluhan kita tapi mereka juga manusia punya masalah yang lain juga dalam kehidupan.. jadi yang tetap sedia mendengar rintihan kita ialah Allah SWT..

“Begitu juga perjalanan hidup kita tak ada siapa yang tahu…ada juga yang bijak meramal begitu begini..tapi bagi saya ajal, maut, jodoh dan pertemuan dia tangan Allah…tiada siapa yang tahu…jadi lalui sahaja apa yang telah tertulis sambil kita mampu berdoa menadah tangan kerana doa boleh mengubah takdir kita sebagai manusia..” luah Shahida dalam entri instagramnya.

Betul Datin, apa-apa pun boleh terjadi. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan.  Doa kami agar Allah mendengar segala keluhan dan rintihan ,dan memberikan Dato, Datin dan anak-anak jalan yang terbaik bagi segala permasalahan. 

 

Del14

Recent Posts