AJL 37: Ramai Kecewa Ernie Zakri Tak Raih Trofi… Empunya Badan Hargai Peminat, Menyanyi Sehingga Menangis Sebak!

Walaupun Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) sudah pun melabuhkan tirainya, namun ada dalam kalangan peminat yang menyaksikan malam penuh berprestij itu menganggap ada sedikit kekurangan dalam keputusan memilih pemenang.

Bukan mempertikaikan tempat yang disandang oleh Aina Abdul selaku Juara AJL 37, namun penonton berharap penyanyi lagu Korban, Ernie Zakri tidak pulang dengan tangan kosong.

 

Menjengah di platform media sosial, sesetengah peminat sedikit kecewa dan sakit hati apabila penyanyi kesayangan mereka tidak dapat membawa pulang sebarang anugerah selepas persembahan yang dipamerkan Ernie cukup memuaskan dan turut mendapat pujian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Kekal trending sejak malam tadi, peminat Ernie bukan sahaja kecewa malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Bagi peminat, Ernie bukan sahaja layak untuk mendapat tempat tetapi kewujudannya sebagai peserta di AJL 37 menjadi petanda bahawa penyanyi itu menjadi antara pesaing yang ‘menakutkan’ dengan kualiti vokal yang sentiasa memukau.


,

 

Malah, menerusi satu video yang dikongsikan di Twitter, penyanyi itu kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila menyanyi bersama peminat yang hadir memberikan sokongan di Axiata Arena, Bukit Jalil usai anugerah tersebut berlangsung.

 

Salma Syahbuddin