#AJL33: Syamel Masuk Kelas Demi Kau Pun Sama

Salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke- 33, Syamel sudah membuat persediaan awal menjelang malam final pada 3 Februari nanti.

Bakal mempertaruhkan lagu Kau Pun Sama ciptaan Syamel dan Kidd Santhe, Syamel turut melakukan sesuatu yang berbeza.

“ Banyak elemen yang tidak pernah saya buat di AJL sebelum ini akan dipersembahkan pada malam itu nanti.

“ Saya sudah mula mengikuti kelas nyanyian tetapi untuk tarian belum lagi,” katanya.

Pemenang vokal terbaik AJL tahun lalu ini memaklumkan dia turut menggunakaan khidmat penari Alam Wakaka untuk AJL 33 nanti.

“ Saya juga akan mulakan latihan persembahan minggu depan. Saya harap dapat memberikan persembahan terbaik pada anugerah berprestij itu dalam masa sama menjaga stamina menerusi latihan intensif sebagai persediaan,” katanya.

Malam kemuncak AJL 33 akan berlangsung di Axeata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini dan disiarkan secara langsung di TV3.

SGMS Faida