Jika anda pencinta fesyen dan sentiasa mengikuti perkembangan industri kreatif ini, pastinya kamu tahu stail yang menjadi pilihan 2019!
Berdasarkan pemerhatian penulis, elemen retro yang cukup gah pada era 1960-an, kini kembali menghangatkan dunia fesyen, namun dengan suntikan gaya yang lebih moden dan versatil.
Sejak kebelakangan ini, fesyen retro sering menjadi inspirasi dan diterapkan dalam hasil kerja pereka fesyen seluruh dunia. Inovasinya diperbaharui mengikut kesesuaian semasa.
Apa yang pasti, fesyen 2019 menampilkan kepelbagaian gaya menyeronokkan, penuh gaya, unik dan berani. Jom kita lihat trend hangat bagi tahun 2019!
Sememangnya corak harimau bintang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Dari dulu hingga sekarang, motif ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen. Jika tahun lalu cetakan berjalur dan kotak-kotak menjadi tumpuan, namun 2019 cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu kembali hangat. Adakah anda masih menyimpan baju lama anda? Jika iya, jangan malu menggayakan kembali!
Tahun 2018 menyaksikan banyak penggunaan bulu atau feather pada setiap rekaan busana terutama di pentas fesyen antarabangsa mahupun tempatan.
Penggunaan bulu nampaknya berlarutan hingga 2019. Tetapi isimewanya untuk 2019, perincian glamor itu lebih ekstrem dan boleh didapati pada setiap inci baju.
Penggunaan bulu ini berfungsi sebagai penyeri utama rekaan terutama bagi jenis-jenis fabrik yang polos tanpa sebarang perincian.
Suka melihat helaian gaun yang digayakan penari samba? Jangan khuatir kerana anda juga boleh menyertai kemeriahan gerak tari samba apabila bergaya sakan dengan item fesyen yang turut dihiasi juntaian tali-tali halus yang mampu menyuntik aura sofistikasi si pemakainya!
Dari rona merah jambu dan jingga yang menguasai helaian fesyen 2018, kini tiba masanya kuning terang menakluk sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang tahun ini!
Selain itu, rona tanah/bumi, turut menjadi warna pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.
Apa itu mesh? Mesh dalam bahasa Melayunya adalah mata jala, jaringan atau sirat.
Jika helaian fesyen menggunakan fabric kait berupa jala ikan sangat popular sekitar tahun 80-an, nampaknya gaya itu kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!
Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippie, namun untuk 2019 adalah tahun yang mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi aliran fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.
Kalau cetakan skarff ala Versace dan Hermes menjadi igauan peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 aliran itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅