Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mendakwa abang iparnya itu, aktor sensasi Aliff Aziz ‘menipu’ ketika memberi penjelasan berhubung kontroversi rumah tangganya dalam temu bual podcast tular, kelmarin.

Didi mendakwa podcasts Aliff bersama The Common Folks itu merupakan salah satu jalan terakhir untuk menjatuhkan kakaknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Didi mendedahkan beberapa tangkapan skrin dipercayai perbualan antara Aliff dan Ruhainies seakan ‘merancang’ sesuatu demi menjernihkan nama mereka.

“So inilah ‘last plan’ dengan si Ruhaineis tu ya? PODCAST (Jalan terakhir nak jatuhkan Kak Long (Bella) lepas pakai cyber-troopers tak jalan.

“And this is what you called ‘Rocky Marriage’? (Korang check date) Rumah tangga diorang elok je,” katanya.

Sementara itu, Didi meluahkan rasa terkilan terhadap abang iparnya itu yang menipu demi kebaikan dirinya dan kekasih, Ruhainies.

“To my sister’s soon to be ex husband, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R.

“Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru saja abang kenal?,” tulisnya lagi.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah turut mendakwa pengakuan Aliff dalam podcast yang melayan Bella demi memujuk isterinya itu hanya bertahan untuk sementara sahaja.

Malah, Didi turut berkata Aliff mula berubah semenjak menjalani penggambaran dengan Ruhainies menerusi drama Terjerat.

“So called princess treatment yang awak cakap awak bagi dekat Kak Long, that only last few months sampailah awak shooting dengan si R, habis password semua tukar.

“Kak Long saya dah bagi awak prince treatment selama 10 tahun,” katanya.

Pendedahan yang dimuat naik oleh Didi ini seakan menafikan dakwaan Aliff yang mengakui rumah tangganya bergolak selepas insiden curang.

Menerusi muat naik itu, Didi turut memuat naik foto-foto memaparkan Aliff, Bella dan anak-anak bercuti di Pulau Pinang pada Januari lalu, sekali gus seakan menyangkal dakwaan pengakuan Aliff yang mengakui rumah tangganya retak sejak November 2023.

  

Sebelum ini, Aliff mendedahkan bagaimana keadaan saat isterinya, Bella Astillah ‘ditangkap’ curang serta aktor ini turut mengakui menyesal meluahkan masalah rumah tangganya kepada Ruhainies sehingga membuatkan mereka menjadi lebih rapat.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah.

Susulan isu tersebut, Bella telah memfailkan penceraian pada 13 Mac lalu, namun pada perbicaraan kedua Aliff enggan menceraikan isterinya pada 4 April lalu kerana masih sayang akan rumah tangganya itu.

Sebelum itu, Bella pula mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama aktor, Muaz Zabir sejak Oktober lalu demi membuatkan suaminya itu cemburu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila muncul wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang membongkarkan mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: Sering Persoal Diri Sendiri Kenapa Selalu Curang, Aliff Aziz Akui Perlu Dapatkan Bantuan Pakar – “Mungkin Saya Akan Hilang Keluarga Buat Selamanya”

Artikel Berkaitan: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

Artikel Berkaitan: Sikap Bella Astillah Mula Berubah, Terdetik Nak Periksa ‘Archive Chat’… Aliff Aziz Bongkar Malam Kejadian Isteri ‘Kantoi Curang’ – “Hati Saya Remuk, Tapi Ini Kifarah”

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Menjadi Pendengar Keluhan Bella Astillah” – Muaz Zabir Mengaku Silap, Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga Rakan Artis

Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Takut Nak Dengar Suara Dia, Tak Tahu Nak Mulakan Perbualan Macam Mana” – Lebih 40 Hari Aliff Aziz Tak Berhubung Dengan Bella Astillah & Anak-Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gagal Tahan Sebak Minta Maaf Pada Isteri, Aliff Aziz Perjelas Tindakan Dedah Kes ‘Curang’ Bella Astillah… – “Masa Tu Saya Rasa Marah, Kebencian & Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Aqilah Paharuzi