Individu Menyamar Jadi Sharifah Amani Disebalik Akaun TikTok Palsu, Siap Mengaku Dah Bersalin! – “Gila Sanggup Tipu Orang Demi Duit, Dia Sekat Saya & Keluarga!”

Pelakon, Sharifah Amani mendedahkan ada individu menyamar menjadi dirinya menerusi akaun TikTok palsu.

Lebih mengejutkan, individu disebalik akaun palsu Amani itu dengan sewenang-wenangnya memuat naik gambar bayi demi menipu orang ramai mengatakan selebriti ini sudah bersalin.

Tidak henti disitu, individu tersebut turut menyekat Amani, suami, Ahmad Faris, malah juga adik-beradiknya.

“Semua mohon report akaun TikTok ni.. Ini bukan akaun saya. Orang ni suka hati saja cakap yang saya dah bersalin.

“Dia cakap dia fan akaun, tapi acah-acah bercakap macam saya yang disebalik akaun itu. Dia usaha block saya, suami dan adik-beradik saya.

“Akaun TikTok sebenar saya adalah @sharifah_amani,” tulisnya.

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), Amani berkata individu tersebut masih bergiat aktif, malah pengikutnya juga kian meningkat.

“Masih ada akaun ni. Likes dan followers makin meningkat. Gila sanggup jadi orang lain, tipu orang demi duit,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Akui Gementar Berpuasa Ketika Berbadan Dua

Aqilah Paharuzi