Akaun FB Tangmo Nida Tiba-Tiba Aktif! Muat Naik Status Dedah Kejadian Sebenar – “Saya Tak Kemana.. Saya Didera Oleh..”

Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida telah menggemparkan orang ramai apabila akaun Facebook milik mendiang secara tiba-tiba aktif dan seakan mendedahkan bukti kejadian sebenar ketika dia terjatuh dari sebuah bot pada Februari lalu menerusi beberapa muat naik status terbaru.

Dalam beberapa status yang dibuat oleh pengendali akaun tersebut seolah memberi bayangan sedang menunggu untuk menuntut keadilan dan mahu mereka yang terlibat bercakap jujur semasa siasatan dijalankan.

Status pertama dimuat naik pada 11.23 pagi memaparkan gambar mendiang Tangmo dari belakang berserta status iaitu, “Saya telah didera oleh rakan yang disayangi dan dipercayai.”

Kemudian, status kedua pada jam 4.10 petang, memaklumkan Tangmo tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu dipercayai suspek membunuhnya.

“Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang.

“Jika tak mahu cakap benar, saya akan ceritakan semua perkara yang berlaku atas speedboat pada malam kejadian kepada semua orang.

“Membuang data panggilan.. Jangan ingat ia tidak boleh dikembalikan ya rakan-rakan baikku,” tulis akaun berkenaan.

Status lain yang dimuatnaik di Facebook Story pula seperti cuba memberitahu tentang kebenaran yang telah berlaku.

“Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang,” tulis akaun berkenaan.

Susulan itu, ada yang mendakwa status-status berkenaan dimuatnaik oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Panida menafikan dakwaan berkenaan.

Terdahulu, selepas dua bulan siasatan pihak polis telah memutuskan bahawa mendiang Tangmo meninggal dunia akibat kecuaian sendiri.

Ia sekaligus menafikan dakwaan Tangmo ‘ dibunuh’ oleh rakan-rakan baiknya.

Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Praya pada 24 Februari lalu dan mayatnya dikatakan telah ditemui dua hari kemudian.

Aqilah Paharuzi