“Akhir-Akhir Ni Kena Banyak Sabar” – Kurang Tengok Media Sosial, Kazar Cuba Perbaiki Diri Ketika Ramadan

Pelakon veteran, Kazar Saisi mengakui bahawa Ramadan kali ini memberi pelbagai hikmah malah mendidik dirinya untuk menjadi insan yang lebih penyabar.

Bukan itu sahaja, Kazar yang juga merupakan bapa kepada Ira Kazar itu memaklumkan bahawa dia kurang menggunakan media sosial dan cuba memperbaiki diri ketika Ramadan.

Memetik laporan mStar, Kazar menyatakan bahawa Ramadan ini perlu banyak bersabar dan percaya setiap kesabaran bakal peroleh ganjaran.

“Bulan Ramadan ni macam saya kuranglah tengok Instagram semua, memang kurang tengoklah pasal kita menghormati bulan Ramadan. Kita cuba untuk perbaikilah.

“Dari tahun lepas, tahun ini improve sikit, tahun depan improve lagi sikit. Ramadan ni banyak kena bersabarlah itu yang abang (Kazar) belajarlah. Akhir-akhir ini kena banyak bersabar.

“Dan terbuktilah kesabaran itu memang ada dia punya ganjaran,” luahnya.

Ditanya mengenai apa yang tidak dapat dilupakan ketika menjelang Ramadan, Kazar berkongsi bahawa dia sangat merindui akan pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid.

“Ikutkan apa yang tak boleh lupa… arwah Mamat Khalid lah tentang cerita Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa, rindulah dengan dia punya karya tu. Memang tiada pengganti. Itu yang membuatkan saya sangat rindu tapi hidup mesti diteruskan,” kongsi Kazar.

Terdahulu, Kazar terpalit dengan kontroversi apabila anak perempuannya, Ira Kazar didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Malah, awal Januari lalu Syamsul mengesahkan bahawa telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand selepas gambar mereka bertiga di pejabat agama Thailand tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Rehat Jap… See You At Some Fine Day” – Muat Naik Foto Langit Gelap, Kazar Saisi Akui ‘Penat Dibuli’?

Artikel Berkaitan: “Nanti-Nantilah! Sekarang Tak Boleh Nak Komen…” – Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Ira & Syamsul Yusof, Kazar Saisi Selesa ‘Kunci Mulut’

Artikel Berkaitan: “Ia Bukanlah Masalah Besar Sangat” – Kazar Mahu Kontroversi Babitkan Anaknya Diselesaikan, Mohon Netizen Bercakap Yang Baik

Sumber: mStar

Atiqah Johari