Akhirnya Berdamai…Aliff Syukri Berjaya Pujuk Isteri

Rumahtangga mana yang tak dilanda badai…inilah yang dilalui oleh pasangan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Hajjah Nur Shahida apabila dikatakan bergaduh dan tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Akhirnya, hubungan mereka baik semula apabila Aliff memuat naik video di IGTV bersama isterinya semalam, di mana mereka saling berpelukan sehinggakan Shahida tidak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata.

“Terima kasih Allah…kerana masih sayangkan family ni.  Semua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? 

“Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah, banyak dugaan cabaran dan kesabaran yang perlu dilalui..

“Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasangan kontra dari semua sudut..

“Siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga? Saya pasti semua pernah, begitu juga dengan saya…itulah lumrah kehidupan..

“Orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini..bagi abang dalam perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing-masing kadang kala tak semua benda kita buat betul,” tulisnya. 

 

 

Menitipkan nasihat buat para pembacanya, juga untuk diri sendiri supaya tidak mencari kesalahan pasangan kita dan menghormati peranan masing-masing.  Menjelaskan bahawa tidak ada yang sempurna di dunia, hanya di dalam syurga, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan keluarga. 

“Pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan  dan yang paling penting kita tahu syurga tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan..jangan pula sebab syurga bawah kaki suka hati nak pijak isteri.

“Begitu juga dengan isteri kadang kala kena lah belai dan faham suami.  Jangan suami buat baik..dipijak kita pula.

“Kesimpulannya, tak pernah ada benda yang sempurna dalam kehidupan..Apa pun terima kasih kepada semua ynag mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. Terima kasih doa kalian semua.

“Syukur alhamdullillah.. segalanya telah berdamai, sebab apa?? Biarlah kami sahaja yang tahu..kami dua-dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu saya ciptakan sempena kisah sedih saya yang bergaduh hampir tiga bulan,” coret Aliff lagi. 

Semoga perkahwinan Aliff dan Shahida baik-baik sahaja dan apa-apa pun fikirlah kebahagiaan bersama termasuk anak-anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan seorang lagi anak angkat.  Shahida juga sedang mengandungkan cahaya mata mereka yang kelima. 

Del14