“Akhirnya Kak Nab Jumpa Geng” – Netizen Samakan Nyanyian Nabila Razali & Keisya Levronka

Dua penyanyi berbakat Nabila Razali dan Keisya Levronka disatukan dalam versi duet lagu Tak Ingin Usai yang akan dilancarkan esok.

Perkongsian rasmi juga telah dibuat oleh kedua-dua penyanyi tersebut di platform media sosial masing-masing sekaligus membuatkan peminat Malaysia dan Indonesia berasa teruja dengan kolaborasi mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok @afiqaziz88, individu ini turut menyatakan rasa tidak sabar untuk mendengar nyanyian mereka berdua.

@88afiqaziz duet nabila & keisya 7/10/2022 #takinginusai #nabilarazali #keisyalevronka #fyp #foryou #7 ♬ original sound – afiqaziz88

Namun, terdapat segelintir netizen yang berasa risau kerana kedua-dua penyanyi ini pernah terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kualiti vokal nyanyian mereka.

“Baru lah sekufu.

“Akhirnya Kak Nab jumpa geng.

“Buku bertemu ruas.. boleh sumbang sama-sama atas pentas,” komen netizen.

Terdahulu, lagu Tak Ingin Usai mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat di Malaysia mahupun di negara republik itu.Dua penyanyi berbakat Nabila Razali dan Keisya Levronka disatukan dalam versi duet lagu Tak Ingin Usai yang akan dilancarkan esok.

Perkongsian rasmi juga telah dibuat oleh kedua-dua penyanyi tersebut di platform media sosial masing-masing sekaligus membuatkan peminat Malaysia dan Indonesia berasa teruja dengan kolaborasi mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok @afiqaziz88, individu ini turut menyatakan rasa tidak sabar untuk mendengar nyanyian mereka berdua.

Namun, terdapat segelintir netizen yang berasa risau kerana kedua-dua penyanyi ini pernah terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kualiti vokal nyanyian mereka.

“Baru lah sekufu.

“Akhirnya Kak Nab jumpa geng.

“Buku bertemu ruas.. boleh sumbang sama-sama atas pentas,” komen netizen.

Terdahulu, lagu Tak Ingin Usai mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat di Malaysia mahupun di negara republik itu.

Maya Basir