“Jawab Macam Bagus” – Usahawan Dedah Noraniza Idris Malukan Diri Sendiri Sebab…

Seorang usahawan tampil mendedahkan telah menerima respon kurang baik daripada penyanyi Noraniza Idris mengenai isu pelantikannya sebagai duta.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Mona Din, dia berkongsi perbualan bersama penyanyi tersebut ketika dihubungi untuk bekerjasama bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.

Menurutnya, dia bertanyakan dengan cara baik namun kecewa dengan respon yang diberikan.

“Saya tulis dah dengan cukup baik kan? Saya kata kalau dia berkerjasama, saya mungkin boleh bantu dia satu hari nanti.

“Kenapa saya kata demikian? Sebab saya dah boleh predict apa yang akan berlaku.

“Tapi sebab dia bukan saja boxxx, tapi juga somxxxx, jawab macam bagus. Last-last dia kena buat pc memalukan diri sendiri, bagitau dia digugurkan sebagai duta, juga bagitau pelantikan dia as duta takde black & white,” tulisnya.

Mona Din berharap penyanyi Irama Malaysia itu mengambil iktibar dan insaf dengan perkara yang berlaku kerana ia boleh menjejaskan nama baiknya sendiri.

“Hopefully dia belajar sesuatu. Hopefully dia sedar dgn ikhlas, bukan hanya sebab dah digugurkan. Tapi sedar dan insaf semua ni terjadi sebab dia sendiri yang bod, som & eg!,” ujarnya.

Maya Basir