[VIDEO] “Ingatkan Isteri Saja Pandai Berlakon, Rupanya Suami Pun Ada Bakat” – Peminat Kagum Suami Anzalna ‘In Character’ Buat Trend Lagu Raya

Perkongsian aktres jelita, Anzalna Nasir menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Anzalna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama suami tercinta, Hanif Zaki.

Dalam video berdurasi lebih 30 saat itu, Anzalna dan suami membuat parodi berkaitan dengan suami isteri dengan menggunakan lagu raya Raya Di Rumah Dinda nyanyian kumpulan Xpose dan Dina Nadzir.

Apa yang menarik perhatian adalah lakonan suami Anzalna iaitu Hanif boleh dikatakan menjadi dan tidak kekok berada di hadapan kamera.

“Sementara menunggu pengantin. Sedap betul suara I dengan @hanif_zaki, kenapa Hanif beriya eh nyanyi lagu ni! Menyampah! YJO!! Haa tekalah apa hahahahhahaha,” tulis Anzalna seloroh.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut.

Rata-ratanya menyifatkan Hanif seorang yang berbakat untuk berlakon biarpun hanya sekadar parodi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ibu kepada dua cahaya mata itu mendapat lebih 1.8 juta tontonan dan lebih 1,700 komen.

Khairil Khusyairi