Categories: SelebritiTrending

Pakai Selempang ‘Bride To Be’ & ‘Veil’ Putih, Jeslina Hashim Bakal Akhiri Zaman Solo Dengan Kerabat?

Penyanyi Jeslina Hashim memuat naik beberapa hantaran seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman ibu tunggalnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Jeslina dilihat berada di dalam sebuah kapal terbang mengenakan sepasang sut beserta ‘veil’ putih.

Manakala, pada hantaran lain dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya memakai selempang bertulis ‘bride to be’ beserta veil berwarna putih dalam sebuah acara yang dipercayai ‘bachelorette party’ bersama rakan-rakannya.

“I think tufting might just be my new thing. Tq Nina for organizing such an intimate evening for us! So fun!!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Jeslina mengakui bakal berkahwin dengan Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwin Dengan Kerabat? Jeslina Hashim Beri Respons – “Komen Negatif Akan Dipadam, Elak Tarik Lebih Ramai Orang B*doh”

Untuk rekod, pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 2005 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua orang anak bersama.

Untuk makluman, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Atiqah Johari