Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak, Netizen Bengang… Sempat Luah Rasa Simpati Buat Faisal Halim – “Saya Kutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Ni”

Kes simbah asid dan kes samun membabitkan dua pemain bola sepak negara iaitu, Faisal Halim dan Akhyar Rashid ternyata mengejutkan ramai pihak.

Mana taknya, laporan terkini mengatakan, kesan lecur akibat simbahan asid terhadap tonggak utama Selangor FC itu bukanlah biasa apabila disahkan melecur tahap empat dibeberapa bahagian tubuhnya.

Lebih mengejutkan, ramai pihak beranggapan bahawa Faisal berisiko untuk bersara awal berdasarkan keadaan semasa dan keadaan tangan kirinya yang kini didakwa tiada tindak balas.

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

ARTIKEL BERKAITAN:Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Justeru, berdasarkan pemerhatian XTRA di platform Twitter (X), nama Faisal kini menjadi sohor kini selepas ramai dalam kalangan warganet yang bengang terhadap kejadian yang menimpanya dalam masa sama turut bersimpati terhadap keadaannya kini.

Pada 3 Mei lalu, peminat bola sepak dikejutkan dengan laporan kes samun sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Akhyar atau lebih mesra disapa Mat Yat mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu.

Manakala, pada 5 Mei lalu,  Faisal pula dilaporkan telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran di beberapa bahagian badannya disebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN:Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Melecur Tahap 2 Pada Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

Salma Syahbuddin