Categories: FeaturedTrending

Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memaklumkan bahawa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah dengan asid sulfurik pekat.

Memetik laporan Harian Metro, Faisal mengalami melecur tahap empat gara-gara disimbah cecair tersebut.

Kongsi Johan, Faisal kini berada dalam keadaan sedar namun kecederaan pada tubuhnya itu dalam keadaan kritikal.

Tambahnya, bagi merawat kecederaan tersebut pakar perubatan akan menggunakan ubat khas dari Australia.

“Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.

“Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” katanya.

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Melecur Tahap 2 Pada Badan

Artikel Berkaitan: Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Artikel Berkaitan: “Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak, Netizen Bengang… Sempat Luah Rasa Simpati Buat Faisal Halim – “Saya Kutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Ni”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari