Akhirnya Rihana Oksana Kongsi Wajah Tengku Ismail Leon Yang Mirip…

Akhirnya, Rihana Oksana mendedahkan foto wajah anak sulungnya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra, cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sultan Muhammad V menerusi laman Instagram miliknya dua hari lalu. 

 

Namun demikian, kontroversi yang menyelubungi status Tengku Ismail masih menjadi tanda tanya kerana peguam Sultan Kelantan mempersoalkan taraf sah bayi berkenaan kerana dikatakan tiada bukti bahawa Sultan adalah bapa kandungnya.

Terdahulu, Rihana menafikan kenyataan peguam kepada Sultan dan menegaskan bahawa Tengku Ismail Leon adalah anaknya bersama Sultan Muhammad V dan dia telah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk membuktikan bahawa Sultan adalah ayah kandung kepada anaknya. 

Pelbagai reaksi dan komen dari netizen dari perkongsian foto Rihana yang memuji kecomelan Tengku Ismail Leon dan mengatakan rupa bayi cilik itu  mirip ayahnya di samping berwajah ‘Asia’.

Del14