Wanita Paling Bergaya 2019 Malaysia Tatler Milik Scha!

Adalah tidak mengejutkan bila pelakon dan pengacara, Scha Alyahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir Alyahya,  dipilih sebagai wanita paling bergaya majalah berprestij Tatler bagi tahun 2019. I mean, look at her! Scha sentiasa ‘effortlessly stylish‘ dan itu tidak boleh dinafikan. 

Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Scha mendedikasikan kemenangannya kepada mereka yang pernah terlibat dalam menggayakannya.

“Humbled to be name as Most Stylish Woman 2019 by @malaysiatatler.  Thank you to Tatler Team for this recognition!

“Remember to always stay true to yourself because nothing shines better than being comfortable in your own skin. To those who involved in styling me up, this is all you,” tulis Scha sebagai kapsyen. 

 

Wajah isteri kepada Awal Ashaari ini juga menjadi penghias muka depan bagi majalah Malaysia Tatler edisi November 2019 mengenakan busana dari jenama  Louis Vuitton dan perhiasan barang kemas dari koleksi Cartier, Clash de Cartier.


Ucapan tahniah memenuhi ruangan komen entri instagram Scha dan rata-rata tumpang gembira dengan penghargaan yang diberikan kepada pelakon Awan Dania ini. 

Sumber Foto: Instagram @schaalyahya

 

Del14