Gambar Mesra ‘Bocor’ Di Instagram Buat Netizen Terkejut?

Mungkin gara-gara beberapa keping gambar ini, netizen tak senang duduk dibuatnya!

Ramai yang tertanya sama ada gambar ini diambil untuk salah satu babak dalam drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ lakonan pelakon Zul Ariffin dan heroinnya, Intan Najuwa.

Memetik gambar diperoleh dari laman Instagram Funta.my, kelihatan Zul mendakap erat heroinnya dengan aksi manja. Mungkin sahaja ini salah satu babak dalam drama, siapa tahu kan?

Namun apa yang menjadi bualan netizen, status dua pelakon ini yang diketahui masing-masing sudah berpunya.

Sebelum ini, Intan pernah ditegur netizen agar menjaga hati tunangnya dan tidak bergambar mesra dengan lelaki lain.

Dalam masa sama, Intan menjelaskan dia tidak terkesan dengan kecaman netizen biarpun ada diantara yang cuba melagakan hubungan dia dan tunang, Razrul Azwar Rusli.

Sementara itu, Zul Ariffin pernah memberitahu bakal menamatkan zaman bujang tahun depan namun masih belum bersedia mendedahkan identiti wanita berkenaan.

Apapun, jangan lupa layan drama adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah yang bersiaran sejak 29 Oktober, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Sumber pix Instagram @funta.my

SGMS Fas