Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah.

@kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️

♬ bunyi asal – a.jamil85 edition….

Menerusi hantaran TikTok, Kimi menggenggam erat tangan Zafir kerana bimbang jika sahabatnya itu terpisah semasa menyempurnakan rukun Umrah iaitu tawaf.

“Bila takut terpisah dengan sahabat di Masjidil Haram. Jadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat, Ya Allah.” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat persahabatan mereka berdua yang sangat akrab dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Takut hilang sahabat punya pasal.

“Why aku yang nak nangis tengok hubungan kawan macam ni.

“Saya pun begitu, punya sesak orang tolak-tolak depan Kaabah, saya genggam tangan kawan saya sambil jalan.” tulis wargamaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1 juta tontonan dan lebih 107,000 tanda suka.

Halimey Zamal