Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial.

Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan perempuan lain dihadapannya berakhir dengan reaksi ‘blushing’ daripada Syafiqah.

@paanmzln Cantiknya perempuan belakang dia 😍 #paansem #fyp ♬ Angel Baby – Troye Sivan

Menerusi hantaran video berdurasi 14 saat yang dikongsikan di akaun Farhan, memaparkan Syafiqah yang duduk di hadapan cermin sedang fokus bermain telefon sehingga diusik oleh suaminya, Farhan.

“Sayang cantiknya perempuan belakang tu!” ucap Farhan.

Lebih menghiburkan, reaksi Syafiqah yang cemburu terus menoleh ke belakang sehingga tidak sedar perempuan yang dimaksudkan oleh suaminya itu adalah pantulan cermin yang memaparkan dirinya yang sedang duduk.

Susulan daripada itu, menyebabkan Syafiqah menjadi ‘blushing’ apabila menoleh ke cermin kerana perempuan cantik yang dimaksudkan oleh Farhan itu adalah dirinya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen ‘cair’ dengan tindakan Farhan yang memuji isterinya itu dan ada dari mereka yang bergurau memberithu menyesal kerana masih belum berkahwin.

“Yang single boleh lah hentak dahi kat cermin, mujur saya bukan single.” tulis seorang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.7 juta tontonan dan lebih 255,000 tanda suka.Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial.

Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan perempuan lain dihadapannya berakhir dengan reaksi ‘blushing’ daripada Syafiqah.

Menerusi hantaran video berdurasi 14 saat yang dikongsikan di akaun Farhan, memaparkan Syafiqah yang duduk di hadapan cermin sedang fokus bermain telefon sehingga diusik oleh suaminya, Farhan.

“Sayang cantiknya perempuan belakang tu!” ucap Farhan.

Lebih menghiburkan, reaksi Syafiqah yang cemburu terus menoleh ke belakang sehingga tidak sedar perempuan yang dimaksudkan oleh suaminya itu adalah pantulan cermin yang memaparkan dirinya yang sedang duduk.

Susulan daripada itu, menyebabkan Syafiqah menjadi ‘blushing’ apabila menoleh ke cermin kerana perempuan cantik yang dimaksudkan oleh Farhan itu adalah dirinya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen ‘cair’ dengan tindakan Farhan yang memuji isterinya itu dan ada dari mereka yang bergurau memberithu menyesal kerana masih belum berkahwin.

“Yang single boleh lah hentak dahi kat cermin, mujur saya bukan single.” tulis seorang warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.7 juta tontonan dan lebih 255,000 tanda suka.

Halimey Zamal