Categories: HiburanTrending

Aktor Lelaki Didakwa Tinggal Tunang Lepas Kikis Harta, Kini Personaliti TV Pula Mangsa Baharu?

Tiada angin tiada ribut timbul pula dakwaan yang mengatakan seorang pelakon lelaki ini sejenis kaki kikis duit wanita.

Memetik laporan Utusan Malaysia, bayangan yang diberikan untuk merujuk pelakon itu ialah ‘filem berbentuk ketenteraan’. Siapakah dia?

Kata sumber, pelakon ini telah memperdaya ramai wanita yang mana mangsanya sebelum ini ialah bekas tunangnya.

Dengar kata, pelakon itu telah menghabiskan harta wanita itu dan berjanji untuk berkahwin namun janji hanya tinggal janji apabila dia didakwa telah tinggalkan tunangnya tanpa mengumumkan tidak jadi berkahwin.

Malah, kini dia dikatakan sedang berhubungan dengan seorang personaliti televisyen pula.

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga didakwa tidak akan bercinta dengan wanita yang tidak berduit kerana mengharapkan duit kekasih untuk menanggung gaya hidupnya. Biawak hidup!

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari