Categories: Kes MahkamahTrending

Dituduh Dera & Abaikan Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Buat Laporan JKM – “Jangan Pentingkan Diri…”

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendakwa bekas suaminya telah membuat laporan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menuduh dirinya mendera dan mengabaikan anak-anaknya, Humaria dan Umar.

Menurut Shuhada, anak-anaknya telah mengalami trauma selepas bekas suaminya mengambil tindakan sedemikian.

Malah, Shuhada juga memaklumkan kediaman mereka ada didatangi beberapa pihak yang dipercayai merupakan petugas dari Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.

“Janganlah susahkan benda yang senang dan jangan pentingkan diri sendiri. Baru-baru ini sampaikan pihak JKM datang bawa Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.

“Mereka katakan adanya laporan dari pihak Hafidz mengatakan saya ni abaikan anak-anak padahal saya ni yang mengadungkan, melahirkan dan yang menjaga anak-anak.

“Kenapa nak pentingkan diri sangat sebabkan dia marahkan saya tapi nak zalimi anak-anak. Sampaikan anak-anak jadi trauma bila ramai orang datang rumah periksa segalanya,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuhada ketika ditemui pada prosiding sebutan hadanah hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, hari ini.

Memetik laporan OhBulan!, Shuhada turut mempersoalkan tujuan bekas suaminya itu bertindak sedemikian sehingga melibatkan pihak JKM.

“Apa niat dia nak pihak JKM datang rumah? Sanggup ke nak tengok anak-anak duduk dengan pihak mereka?

“Saya sendiri tertanya-tanya kenapa sampai buat laporan macam tu? Sebabnya kalau dia nak datang jumpa anak-anak saya memang akan bagi.

“Sampaikan mak saya pun pelik siap nak ambil gambar dan sebagainya, tak selesa macam mana lagi rumah kami ni?,” jelasnya.

Sementara itu, Shuhada berharap agar Hafidz tidak pentingkan diri dalam hal yang melibatkan hak penjagaan anak kerana dia mahu memulakan hidup yang lebih baik dalam membesarkan anak-anak.

Sekadar info, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada sebelum ini terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nafkah Ni Privasi Di Antara Saya Dengan Bekas Isteri” – Hafidz Roshdi

Sumber: OhBulan!

Fatin Nurain