‘Aku Berharap Penangkapan Ini Kurangkan Dosa Kita Semua,’ – Erma Fatima

Pelakon dan Pengarah popular Erma Fatima meluahkan kesedihannya atas penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan.

Menerusi Instagram miliknya, Erma menasihatkan netizen Malaysia terus bertenang dan tidak membuat spekulasi liar berhubung dengan kes ini.

Dalam masa yang sama dia turut memohon kepada semua pihak agar berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

Semalam sekitar jam 2.45 pm, Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Hari ini, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta.

Dalam masa sama, Erma meluahkan bahawa dia hanya mampu berdoa agar Allah tunjuk kebenaran kepada semua yang bakal membuka mata rakyat.

SGMS Faida