Categories: Trending

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sebelum ini, bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi berusia 5 bulan yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil oleh seorang lelaki telah ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Cave, Gombak.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian peti sejuk beku dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuh. Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.” Jelas Ali Ahmad

Bagaimanapun, pengasuh berkenaan, 33 tahun telah ditahan bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun. Kes ini disiasat dengan lebih lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ali, mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa bayi itu turut memuatnaik gambar anaknya untuk mengharapkan pertolongan masyarakat. Namun, apa yangberlaku terhadap bayi tersebut sangatlah mengguris perasaan bukan sahaja kepad ibu bapa bayi ini malah, sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kes terbabit.

Salam takziah dari kami di xtra buat ibu bapa bayi ini.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops