Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telah selamat melahirkan bayi sulungnya seberat 2.72 kilogram.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, Uqasha berkata, bayi perempuannya itu selamat dilahirkan pada awal subuh tadi.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan my little princess subuh tadi,” kongsinya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut berkongsi nama anak perempuannya iaitu, Uqaira.

“Welcome to the world sayangku, i love you so much, Uqaira sayang,” ucapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata rakan artis dan pengikut aktres itu membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

 

 

 

Salma Syahbuddin