Individu Kritik Buku Puisi Tulisan Daiyan Trisha, Dakwa Tak Ada ‘Originality’?

Tiada angin tiada ribut, buku puisi milik penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha dikritik tiada keaslian oleh individu yang meluahkan rasa tidak puas hatinya di platform X, baru-baru ini.

Menerusi ciapan tersebut, individu itu berkongsi beberapa foto diambil daripada buku puisi yang ditulis sepenuhnya oleh Daiyan.

“Tulisan by Daiyan Trisha is so ass… Rupi Kaur circa 2018 2018-core but even rupi’s were better than whatever these ‘poems’ are.

“Also, how are these original. I have read at least 100 variations of these on tumblr since 2011. People paid money for these?

“I think she should stick to being an IT girl, working with designer fashion brands, jual muka je. Honestly, nothing wrong with that.

“Just what wrong did the trees commit for them to be sacrificed fot these ass ‘poems’,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang bersetuju terhadap kenyataan individu tersebut yang memperlekehkan buku puisi oleh Daiyan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada Daiyan berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: “Cari Kawan Yang Dekat Dengan Tuhan” – Daiyan Trisha

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Kongsi Puisi Curang, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf? – “Kenapa Bila Baca Ni Teringat…”

Aqilah Paharuzi