Afifah Nasir Tunjuk Bukti, Segala Permintaan Untuk Majlis Perkahwinan Mudah Kecuali Undang Judika Menyanyi – “Dia Tak Dapat Datang Sebab…”

Impian penyanyi dan pelakon, Afifah Nasir untuk membawa penyanyi popular Indonesia, Judika bagi membuat persembahan pada majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Menurut Afifah, penyanyi kegemarannya itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan beberapa urusan peribadi.

Namun, dia memaklumkan bahawa segala permintaan untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Ahad lalu dipermudahkan.

“Semua permintaan saya untuk majlis perkahwinan saya dapatkan dengan mudah kecuali Judika.

“Dia tidak dapat hadir atas beberapa sebab yang saya tidak boleh kongsikan disini. Apa pun, Judika tetap yang terbaik,” katanya.

Perkara itu dikongsi Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Nasir, 31, menerusi foto tangkap layar pesanan Whatsapp yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Menerusi perbualan dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Aizuddin, dia telah berusaha untuk membawa pelantun lagu Aku Yang Tersakiti itu, namun tidak berjaya.

“Confirm Judika tidak available. Sorry for the late reply sebab saya cuba juga untuk push dia datang. Maaf sangat-sangat sebab last minute,” jelas individu berkenaan.

Terdahulu, Afifah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Syed Hariz pada Ahad.

Dalam majlis ijab dan qabul tersbeut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta lima dulang hantaran.

Salma Syahbuddin