Dapat Soalan Cepumas! Jebat Jayden Tanya Kenapa Sharnaaz & Noor Nabila Duduk Berasingan – “Besar Nanti Baby Faham”

Pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan anaknya, Jebat Jayden menerusi hantaran di Instagramnya.

Video yang dirakam didalam kenderaan miliknya itu memperlihatkan Jebat bertanyakan soalan ‘tajam’ kepadanya tentang kenapa ibu bapanya tinggal berasingan.

“Anak baba dah besar dah.. soalan dia makin tajam ye kawan kawan.. takpa anak baba memang sempi dan sangat memahami.. we have our separate life, but only 1 life with u my boi… love u always my buddy @jebatjayden,”tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Soal Jebat lagi, kenapa Sharnaaz dan Noor Nabila mempunyai rumah masing dan tidak tinggal sebumbung bersamanya.

“Kenapa rumah mommy tak ada baba? Kenapa baba ada rumah sendiri? Baba tak duduk rumah dekat dengan baby? Rumah baba sini, rumah baby sini.. kenapa tak sangkut together?,” soalnya.

Tenang mendengar soalan anaknya itu, pelakon filem Polis Evo 3 itu menjelaskan bahawa, dia dan Nabila pernah berkahwin dan kemudian berpisah. Dan kemudian, Nabila berkahwin dengan Engku Emran yang dipanggilnya sebagai Ayah.

Dalam hantaran sama, Sharnaaz turut memberitahu anaknya itu bahawa dia masih belum berkahwin, namun kini mempunyai teman wanita.

 

Meskipun rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat yang semakin membesar dan bijak, namun terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang berasa sedih melihat kanak-kanak itu.

“Such a sweet boy.. Jayden, you are lucky to have your mommy and baba. Not every broken family can experience this.

“The 1st Q “kenapa rumah mommy tak ada baba?” Adoii .. mula mula rasa nak nangis tapi dengar sampai habis, kelkar pun ada.

“Apa pasal aku sedih,” komen netizen.

Sebelum ini, Nabila mengejutkan ramai pihak apabila tampil manis dengan mengenakan baju kurung moden berona biru dan berselendang dimedia sosial sekaligus membuatkan warganet berteka-teki sama ada dirinya telah mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, Nabila tampil memberikan respons terhadap spekulasi tular apabila memaklumkan penampilannya itu hanyalah sekadar memenuhi jemputan bagi program yang dihoskan adiknya, Neelofa.

Sekadar info,Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Kemudian, Nabila berkahwin pula dengan Engku Emran pada Mac 2021 namun bercerai pada 2023.

Salma Syahbuddin