Ruhainies Maklum Kontrak Sebagai Duta Tak Terjejas – “Saya Banyak Bekerja Dengan Jenama Antarabangsa”

Aktres sensasi, Ruhainies memaklumkan kontraknya sebagai duta bagi beberapa jenama tidak ditamatkan sebaliknya mungkin ditunda atau ‘on hold’ sementara biarpun terpalit dengan kontroversi panas.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, jenama-jenama tersebut tidak terjejas kerana ia berpangkalan di luar negara.

“Cancel tak ada, mungkin ‘on hold’ untuk sementara sebab sekarang isu ini sangat panas.

“Saya faham dan terima sebab saya perlu faham juga sebab isu ini masih hangat diperkatakan.

“Tapi kebanyakan jenama lain tidak terjejas sebab saya banyak bekerja dengan jenama antarabangsa, fokus mereka bukan sahaja di Malaysia,” ujar Ruhainies kepada XTRA.

Ruhainies ditemui pada majlis Rumah Terbuka Fiziwoo di Bukit Setiawangsa, pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memaklumkan penggambaran drama bersama Aliff Aziz juga masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

“Tak ada, masih berjalan seperti biasa. Kami shoot macam biasa,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah jenama aiskrim terkenal menafikan mengambil Ruhainies sebagai duta.

Malah pada ramadan lalu, sebuah jenama produk kesihatan mengambil langkah berani dengan bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan Ramadan dan Raya mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenama Aiskrim Terkenal Nafi Ambil Ruhainies Sebagai Duta

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Tangkap Basah Bawa Padah, Jenama Produk Kesihatan ‘Censored’ Muka Ruhainies Dalam Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Khilaf Sendiri, Kesal Babitkan Rakan Sekerja Dalam Kes ‘Curang’… Ini Ucapan Aliff Aziz Kepada Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Boleh Paksa Dia Untuk Memaafkan Cuma…” – Ruhainies Tiada Berhubung Dengan Bella Astillah Lepas Buat Permohonan Maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Silent Supporters Lebih Ramai” – Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan ‘Ask Me Question’ Di IG, Maklum Dapat Banyak Tawaran Kerja

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi