Bimbang Kes 3 Pemain Bola Sepak Kebangsaan Diserang, Ramai Minta Syifa Melvin, Safawi Rasid Berhati-Hati & Jaga Privasi – “Semoga Sentiasa Di Bawah Perlindungan-Nya”

Susulan insiden mengejutkan ramai pihak membabitkan tiga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Sadiq Rahim, netizen kini membanjiri ruangan komen pasangan selebriti Syifa Melvin dan Safawi Rasid untuk kekal menjaga privasi mereka.

Ia ekoran tragedi tiga pemain bola sepak Kebangsaan tersebut yang diserang oleh beberapa individu tidak dikenali, masing-masing berbeza hanya selang dua hari sahaja.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, peminat bola sepak dan rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang terhadap pemain-pemain mewakili negara yang kini dipercayai dalam keadaan bahaya.

Menjengah ke ruangan Instagram Safawi Rasid yang juga merupakan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini, ramai memintanya untuk lebih berhati-hati terhadap keadaan sekeliling serta tidak mendedahkan mengenai keberadaannya bersama isteri dan anak-anak kepada umum.

Pada Khamis lalu, pemain Terenggangu FC, Akhyar Rashid disamun lebih dua mangsa tidak dikenali mengalami kecederaan di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.

Selang dua hari, industri sukan sekali lagi dikejutkan dengan pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid sulfurik pekat sehingga melecur tahap empat, Ahad lalu.

Keadaan menjadi lebih membimbangkan selepas seorang lagi pemain bola sepak Kebangsaan, Safiq Rahim turut menjadi mangsa apabila kereta dipandunya diserang oleh dua individu menggunakan tukul besi, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Safiq Rahim Pula Diserang, Dua Individu Pecah Cermin Belakang Guna Tukul Besi! – “Mereka Berhenti, Sempat Tunjuk Saya…”

Artikel Berkaitan: Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Artikel Berkaitan: Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan 

Aqilah Paharuzi