Categories: SelebritiTrending

“Hati-Hati Dengan Orang Paling Jahat, Yang Hasut Orang Lain Untuk Buat Jahat Kepada Kita” – Ruhainies

Pelakon kontroversi Ruhainies memuat naik sebuah video nasihat mengenai sikap individu yang jahat.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Ruhainies berkongsi sebuah video daripada seorang pakar motivasi mengenai individu yang jahat.

Katanya, orang yang paling jahat ialah orang yang menghasut orang lain untuk melakukan perkara jahat.

“Orang yang paling jahat sebenarnya ialah bukan orang jahat depan kita bukan orang yang fitnah depan kita, bukan orang yang ambil batu baling dekat kita. Itu bukan orang jahat.

“Orang yang paling jahat ialah orang yang hasut orang lain untuk buat jahat kepada kita tapi dia nampak buat baik depan kita tapi di belakang kita dia jahat. Itu 100 kali lebih jahat daripada orang jahat yang buat jahat pada kita.

“Jadi hati-hatilah dalam hidup ni jadi bijaksana lah,” kongsi Ruhainies yang diambil dari video tersebut.

Malah, Ruhainies turut meletakkan kapsyen ‘hati-hati 😔’ pada hantaran tersebut.

Sebelum ini, Ruhainies didakwa di tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Malah, dia juga didakwa berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Maklum Kontrak Sebagai Duta Tak Terjejas – “Saya Banyak Bekerja Dengan Jenama Antarabangsa”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Boleh Paksa Dia Untuk Memaafkan Cuma…” – Ruhainies Tiada Berhubung Dengan Bella Astillah Lepas Buat Permohonan Maaf

Artikel Berkaitan: “Silent Supporters Lebih Ramai” – Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan ‘Ask Me Question’ Di IG, Maklum Dapat Banyak Tawaran Kerja

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Aktif Jawab Soalan Di Instagram, Netizen Dakwa: “Percayalah Yang Tanya Tu Dia Juga”

Atiqah Johari