Vaksin Astrazeneca Ditarik Balik Di Seluruh Dunia, Michael Ang Bimbang – “Patut Lah Asyik Pelupa Dan Badan Sakit”

Pengarah Michael Ang meluahkan rasa bimbang dengan berita vaksin Covid-19 AstraZeneca yang sudah mula ditarik balik di seluruh dunia.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Michael mendakwa dia mengalami masalah pelupa serta sakit di bahagian badan dek kerana vaksin tersebut.

Malah, pengarah tersebut turut mempersoalkan pihak yang perlu bertanggungjawab dengan isu tersebut kerana ia melibatkan soal nyawa seseorang.

“Salam. Apa ni!!!! Patut la asyik jadi pelupa dan badan sakit-sakit. Dan kena telan belambak-lambak vitamin untuk better can body!

“Siapa nak bertanggungjawab ni yang suruh kita mati-mati kena ambil jab Astra tu!

“Patut la tiap hari aku rasa aku makin bodoh! Boleh saman ke? Nak saman siapa eh? Saman Astra atau kerajaan sebab paksa kita ambil benda ni!

“Tapi cerita Astra ni betul ke propa je. Sebab kita tengok kat TikTok je! TikTok ni kadang-kadang meminta juga,” tulisnya.

Terdahulu, syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca sudah mula menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.

Menurut syarikat itu, ia juga akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.

Menurut laporan media, syarikat berkenaan mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

Permohonan firma untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut Telegraph, yang pertama kali melaporkan perkembangan itu.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi