“Aku Berkerja Demi Hidup” – Intan Liana Semakin Berani

Ada pelangi setelah hujan, begitulah situasi yang sesuai dikaitkan dengan ibu kepada dua anak, Intan Liana, bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid. Intan dan Ude telah sah bercerai pada 22 Mac 2018 yang lepas. 

 

Namun, perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangat dia. Intan malahan tampak lebih berani membawa diri kehadapan demi anak-anaknya. Dengan jumlah seramai 270 ribu pengikut di Instagram, rezeki Intan semakin bertambah selepas apa yang berlaku pada dirinya. Intan juga akui, dia kerja demi hidup dan kerana tuhan. 

Kini, Intan bersyukur kerana mendapat tawaran yang tidak putus-putus terutamanya dalam dunia peragaan. Walaupun masih baru dalam dunia modelling, Intan tidak nampak kaku di hadapan kamera. Kalau korang tak percaya, jom kita usha Intan Liana dengan lebih dekat lagi!

Wah! Makin meletop Intan Liana sekarang kan? Apa pendapat korang? Apapun, semoga terus sukses dalam segala bidang yang diceburinya.

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops