Sah! Comel Pipi Merah Belum Ada Akaun Instagram

Macam-macam akaun berkaitan anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid diwujudkan! Bukan satu atau dua sahaja, malah lebih 60 akaun Instagram wujud menggunakan nama si comel pipi merah itu.

Pengurus penyanyi yang baru saja melahirkan anak pada 19 Mac lalu turut memberitahu buat masa ini Siti Aafiyah masih belum memiliki sebarang akaun sosial media.

“ Kami sedari wujud banyak akaun palsu atas nama Siti Aafiyah yang mungkin mengelirukan pengguna laman sosial.

“Setakat ini Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa belum merancang untuk membuka akaun rasmi buat Siti Aafiyah,” katanya yang turut memuat naik video di Instagram bagi menjawab pertanyaan mengenai kewujudan akaun Siti Aafiyah.

Pintanya lagi, ” Bagi menghormati sumber, pihak luar diminta kredit daripada mana gambar atau video itu diambil bagi mengelak daripada mengelirukan pengguna media sosial.

“Setakat ini, Siti belum memutuskan untuk membuka akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan mahukan ruang,” katanya.

Terdahulu, anak ketiga Khalid, Asyraf mengambil inisiatif membuka akaun Instagram: @Aafiyahkhalid untuk berkongsi perkembangan adiknya.

SGMS Faida