Akui Sukar Bawa Watak Gedik, Lakonan Siti Khadijah Dalam Segenap Takdir Tak Lari Dari Kecaman

Pelakon Siti Khadijah Halim mengakui sukar untuk membawakan watak wanita gedik menerusi drama bersiri TV3,  Segenap Takdir yang sudah mula ditayangkan sejak 24 April lalu.

Menurut Siti, watak Haryani yang dijayakan  sangat berbeza dengan perwatakkan sebenarnya memandangkan dia perlu menjadi seorang wanita yang manja dalam drama tersebut.

“Memang agak susah nak jayakan watak perempuan perempas kemudian gedik pula sebab itu sangat berbeza dengan diri saya yang sebenar.

“Sebab itu kadang-kadang nampak kekok dan pelik sebab saya bukan wanita begitu namum menerimanya untuk mencabar kemampuan diri sebagai seorang pelakon,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, watak antagonis yang dijayakan oleh pelakon itu tidak terlepas daripada kecaman penonton.

“Sebelum ini saya pernah lakonkan watak sebegini tetapi sekarang orang baru sedar.

“Sebenarnya penonton tidaklah lempar kecaman teruk seperti karakter antagonis lain dan kebanyakannya hanya berasa geram-geram manja sahaja.

“Komen paling buat saya terhibur ialah ‘kalau hendak gedik, perlu jadi cantik dahulu seperti Sit Khadijah, baru okey’, jelasnya.

Selain Siti Khadijah, drama arahan Eoon Shuhaini itu turut dibintangi Niezam Zaidi Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Watie Sadali dan ramai lagi

Orang ramai boleh menonton drama Segenap Takdir itu menerusi Slot Sakura, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang, di TV3.

Sumber: Kosmo! Online

Fatin Nurain