Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Penyanyi, Datuk Zainal Abidin tampil memberi respons berhubung pendapatnya yang tidak memerlukan ‘perhatian’ atau kontroversi dengan menaiki lori atau berpakaian pelik untuk kekal relevan dalam industri hiburan.

Ramai mendakwa pendapat tersebut menuju kepada penyanyi, Aina Abdul yang hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH) 35 menaiki lori serta berpenampilan busana besar sut berwarna merah.

Menyedari namanya hangat menjadi perbualan dalam kalangan peminat Aina, pemilik lagu popular Hijau ini lantas berkongsi sebuah video dan foto bersama bintang pelantun lagu Semalam itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Zainal berkata pendapatnya itu tidak bermaksud dia membenci atau tidak menyukai individu berkenaan.

Jelasnya lagi, setiap orang bebas untuk bersuara dan berharap orang ramai tidak menghukuminya atas pendapatnya itu.

“I have never go against anybody, everybody has their own opinion and doesn’t means I hate that person by giving my opinion, so please don’t judge me…….. it’s a free country and everybody has their rights to speak!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu yang tidak berpuas hati dan menganggap Zainal sengaja mencipta kontroversi dengan menggunakan nama Aina Abdul untuk melariskan tiket konsert ‘Tiba Masa Zainal Abidin’ pada 30 September ini.

Bagaimanapun, Zainal tidak memberi sebarang respons terhadap kritikan netizen yang membanjiri ruangan komennya itu.

Sebelum ini, Zainal dikatakan memerli penyanyi Aina Abdul selepas mengakui tidak memerlukan baju pelik dan menaiki lori untuk popular.

Artikel Berkaitan: Kejar Populariti Sampai Naik Lori & Pakai Baju Pelik, Zainal Abidin Sindir Penyanyi Baru?

Artikel Berkaitan: Tok Ram Komen Penyanyi Perlu Buat Album, Ini Respons Aina Abdul – “Awalnya Rasa Macam Tuju Pada Saya Tapi….”

Artikel Berkaitan: Undang Pelbagai Reaksi Tentang Pemilihan Busana Ke ABPBH 35, Aina Abdul Akhirnya Buka Mulut – “Saya Cuba Lebih Baik Lepas Ini…”

Aqilah Paharuzi